Haqiem Rusli Kini Dilabel Kurang Ajar Oleh Netizen

Apa saja yang dilakukan oleh penyanyi Haqiem Rusli, selalunya memang akan dapat perhatian.

Nama Haqiem Rusli sekali lagi menjadi sebutan apabila memakai kaca mata hitam dan memakai ear pod di telinga ketika sesi lawatan ke rumah seorang asnaf di Rawang, Selangor.

Menerusi program GPH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Zakat Selangor itu, penyampai radio Ajak Shiro dan Aizat Amdan juga turut bersama-sama menjayakan program tersebut. 

Namun, penampilan Haqiem Rusli mencuri perhatian peminat ketika sesi lawatan tersebut dijalankan.

 

Rata-rata follower twitter menyelar tindakan penyanyi itu dan menyifatkan penampilan Haqiem tidak sesuai dengan program yang dihadirinya.

Dan, ramai yang berpendapat bahawa tindakan Haqiem bertandang ke rumah orang dengan memakai kaca mata hitam, dan memakai ear pod itu adalah ‘kurang ajar’.
Apapun, diharap Haqiem Rusli lebih peka terhadap persekitaran beliau, al-maklumlah kalau dah nama selebriti, buat apapun mesti jadi perhatian kan?
Salma Syahbuddin