Categories: Oh Lawa

8 Tip Paling Mudah Untuk Dapatkan Rambut Selembut Sutera

Siapa tak nak rambut yang lembut, berkilat dan halus? Ia membuatkan anda rasa nak sentuh dan belai sepanjang masa.

Tapi jika anda ketagih dengan alat meluruskan (flattening iron), mengerintingkan (curling wand) ataupun mengeringkan rambut (hair dryer), realitinya rambut anda nampak tak bermaya nanti.

Kalau anda tak hati-hati, lama-lama ia berpontensi untuk rosak. Lainlah kalau anda rajin mendapatkan rawatan rambut. Tapi itu juga akan menelan belanja tinggi.

Menurut pakar penjagaan rambut, ada beberapa tip dan trick mudah dan lebih murah yang anda boleh ikuti supaya rambut anda menjadi lembut macam sutera.

1. Gunakan T-shirt untuk keringkan rambut

Bila rambut kita basah, mestilah kita gunakan tuala untuk keringkan, kan? Dan bila kita keringkan, mesti kita gosok-gosok rambut sampai kering. Haaa… perbuatan tersebut akan wujudkan geseran dan kembangkan kutikel rambut. Akhirnya ia menyebabkan rambut anda tersimpul atau rapuh.

Sebaliknya, gunakan T-shirt untuk ramas air keluar daripada rambut. Jangan gosok-gosok!

Foto: The Luxury Spot

2. Bila pakai perapi, hanya sapu pada hujung rambut

Tak perlu letakkan conditioner pada akar rambut — Bahagian rambut itu baru dan sihat lagi! Sebaliknya, sapukan perapi (sebanyak satu tapak tangan penuh) dari bahagian tengah rambut ke hujung dan bahagikan dengan sikat jarang supaya setiap helai rambut tersalut.

3. Perangkap haba

Basahkan shower cap berkain terry dengan air panas. Pakai selama 10 minit ketika rambut anda disalut perapi. Topi ini akan perangkap stim yang membuka liang folikel rambut supaya rambut anda akan berupaya untuk menyerap khasiat daripada perapi tadi.

4. Jangan bilas betul-betul sangat

Lawan naluri anda untuk bersihkan rambut anda sampai tiada sabun yang tinggal. Selepas memakai conditioner, bilas dengan air sejuk hingga rambut anda sedikit licin. Kesan-kesan perapi yang tinggal pada rambut anda akan terus “bekerja” sepanjang hari.

5. Pilih rawatan rambut yang sesuai

Untuk rambut halus dan kering: Pastikan stail rambut anda bouncy! Perapi dengan vitamin E menghidratkan tanpa menambah minyak yang akan memberatkan lagi rambut.

Untuk rambut yang diwarnakan: Rupa rambut anda memang menarik tapi hair dye memalapkan sinarnya. Jangan lupa sapukan rawatan minyak. Ia juga akan lembutkan hujung rambut yang rapuh!

Untuk rambut rosak: Rambut anda perlukan kasih sayang! Pilih formula dengan keratin yang menambahkan sinar dan kekuatan pada rambut untuk menghindari kerapuhan pada masa akan datang.

6. Sikat rambut bila basah, gunakan hair brush bila kering

Foto: StyleCraze

Anda mungkin meluangkan banyak masa untuk luruskan rambut yang tersimpul dengan sikat. Sebenarnya anda menyebabkan lagi banyak kerosakan dengan cara ini.

Sebaliknya anda patut gunakan sikat untuk menyikat rambut bila ia basah. Bila dah kering, baru anda gunakan berus. Bila anda nak betulkan rambut tersimpul, mula dari hujung sebelum naik ke akar.

7. Gunakan sarung bantal sutera

Inginkan cara mudah untuk melembutkan rambut? Tukar kepada sarung bantal sutera. Kain kapas akan menyerap kelembapan dan kesemua minyak penting dari rambut anda. Kain sutera pula akan maintain, dan ia juga lebih selesa!

8. Selalu trim rambut

Tak semestinya anda kena potong banyak-banyak. Trim saja dah cukup beberapa bulan sekali. Rambut anda takkan dibelengu masalah hujung rambut bercabang atau rosak, dan hasilnya rambut anda akan nampak sihat dan segar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Seventeen

Ad Ops