Nora Sebak Pertama Kali Tunai Umrah Tanpa Suami

Penyanyi Nora bakal berangkat ke tanah suci Makkah dan Madinah, hari ini.

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi berusia meluahkan rasa sebak apabila ini merupakan pertama kali menunaikan umrah tanpa suami di sisi.

” Hanya jasad yang terpisah. Adamu jasad yang terpisah. Adamu di dalam ketiadaan.

” Hari ni I nak pergi Umrah. Sesungguhnya Allah saja yang tahu betapa hati merindui abang setiap masa dan detik bersama abang,” luahnya.

 

Penyanyi yang popular di era 90 an ini turut mengimbau kenangan pergi ke tanah suci bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawawi empat tahun lalu.  

” Hari ini… I bersiap seorang diri…melangkah bermusafir ditemani bersama jemaah-jemaah lain. Insya Allah. Ya Allah permudahkan perjalanan kami semuanya,” katanya. 

Dalam masa sama, Nora turut mengucapkan terima kasih kepada jutawan kosmetik Dato Seri Vida kerana menaja perjalanannya ke tanah suci.

” Hanya Allah yang mampu membalasnya,” akhirinya. 

SGMS Faida