Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bertunang

Pelakon Mocha Kau Bahagia 2 ini nampaknya telah mengikat tali pertunangan bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim 2 yang juga penjaga gol termuda negara, Haziq Nazli.

Berita gembira ini juga turut dikongsikan oleh sahabat baik Eyra Hazali sendiri iaitu pengacara program 999, Anim Ezati menerusi akaun instagram beliau.

Dan rata-rata peminat beliau mendoakan agar pasangan ini melalui fasa pertunangan dengan baik dan segalanya berjalan dengan lancar.
Apapun, tahniah diucapkan buar Eyra dan pasangan. semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat menjalani fasa pertunangan.
Salma Syahbuddin