BTS Sumbang Berbillion Ringgit Buat Korea Selatan!

Nama kumpulan K-pop popular Korea Selatan BTS atau singkatan kepada Bangtan Seonyeondan memang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia mahupun luar negara.

BTS atau lebih dikenali sebagai Bangtan Boys ini mempunyai kelab peminat terbesar mereka terutamanya golongan milennial yang banyak menyokong dan membesar dengan lagu-lagu mereka.

Baru-baru ini BTS, telah menyumbang sebanyak AS$4.5 bilion bersamaan RM18.8 bilion kepada pendapatan per kapita (GDP) Korea Selatan.Wow!

 

Sumber: www.nme.com.my

Bukan itu sahaja, BTS  turut menyumbang kepada ekonomi negara mereka menerusi industri pelancongan dan barangan berjenama.

Menurut Institut Penyelidikan Hyundai, BTS merupakan punca kepada satu dalam setiap 13 pelancong asing melawat Korea Selatan tahun lalu. Daebak!

Walaupun pernah menjadi isu hangat sehingga menjadi perdebatan di Malaysia pada awal bulan lalu, prestasi BTS tidak pernah mengecewakan terutamanya di Malaysia.

Syafiqa Irdina