“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Pelakon yang semakin menempatkan nama dalam industri lakonan ini kelihatan memuat naik momen throwback beliau sebelum bergelar pelakon

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon sehingga terpaksa menggunakan banyak wang hanya untuk ke casting lakonan.

Sumber : Instagram @shakillakhoriri

Shakilla menerusi post yang dimuatnaik dalam laman Instagram miliknya itu meluahkan rasa syukur atas susah payahnya selama ini untuk melangkah  ke dunia lakonan sehinggalah berjaya hingga ke tahap ini.

 

Sumber: @shakillakhoriri

 

“Aku berhenti kerja sebab aku shooting drama 26 episod yang hanya dibayar Rm 800 selama 6 bulan penggambaran,” luah Shakilla.

Isteri kepada penyampai radio Suria Fm, Dj Fizi Ali ini juga mendedahkan dia turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah mengupas jagung yang hanya dibayar Rm15 hingga Rm20 sahaja. 

Bagaimanapun, Shakilla memberitahu dia sangat menghargai rakan artis dan sesiapa yang dalam kesusahan kerana dia sangat memahami betapa penatnya untuk berjaya.  Salute! Bukan mudah nak berjaya bukan?

Luahan Shakilla ini diharap dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat kita semua. Buat semua pembaca Xtra   don’t give up ok!

 

Syafiqa Irdina