“Bukan Masalah Mental Kalau Tengah Khayal Dadah” – Status Izara Aishah Raih Perhatian

Status terkini pelakon jelita, Izara Aishah meraih perhatian di platform X selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai masalah mental.

Menerusi perkongsian tersebut, Izara berpendapat bahawa tidak wajar untuk menganggap seseorang mempunyai masalah mental sehingga melakukan perkara tidak sepatutnya ketika di bawah pengaruh dadah.

“Any mental disorder is valid when you are not on ice,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ciapan Izara itu menerima pelbagai respons baik positif dan negatif daripada ramai pihak.

Malah, ada individu menyelar pendapatnya itu mengatakan ketagihan juga merupakan satu penyakit mental.

“These woke kids calling me stupid telling me addiction is also mental illness. Ok sayang.

“Be addicted to other drugs ok, your life your choice but also don’t push away help, you’re not always right and just please don’t do meth will u? Thanks.

“It’s not mental illness when you’re high. That’s it. That’s the whole tweet,” tulisnya lagi.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, ciapan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan selebriti sensasi, Fathia Latiff yang mencetuskan kontroversi mengkritik pelakon, Zahirah Macwilson seperti bibik.

Lebih parah, Fathia turut mendakwa bekas kekasihnya iaitu suami kepada Zahirah, Aiman Hakim Ridza masih mencintainya.

Susulan itu, rata-rata mendakwa Fathia memerlukan bantuan pakar kerana seolah-olah mempunyai masalah mental.

Artikel Berkaitan: “Cuba Check Laki Kau Orang Dah Pernah K*ngk*k Dengan Siapa-Siapa Ke? – Fathia Latiff Tegur Netizen ‘Bitter’ Isu Zahirah Macwilson & Aiman Hakim

Artikel Berkaitan: Tak Anggap Kongsi Foto Aiman Hakim Sebagai Mengganggu Rumah Tangga, Status Kesihatan Mental Fathia Latif Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Artikel Berkaitan: “I Tak Takut Nak Cakap Benda Betul” – Fathia Latiff Petik Nama Ismail Izzani, Tuduh Buat ‘Sesuatu’ Dengan Zarina Anjoulie?

Aqilah Paharuzi