Categories: Cahaya MataTrending

“Welcome Our Son” – Tahniah! Timang Anak Ke-3, Dr Say ‘Besar Hati’ Kongsi Nama & Wajah Bayi

Selebriti media sosial, Dr Say Shazril berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa isterinya, Dr Azura telah selamat melahirkan anak ketiga.

Berita tersebut dikongsi sendiri olehnya menerusi hantaran di Instagram.

Dengan terbuka, Dr Say berbesar hati berkongsi wajah dan anak ketiganya itu yang juga anak lelaki.

“Assalamualaikum semua, nama saya Zeqriel. Uncle aunty tak perlu google apa maksud Zeqriel sebab daddy cakap dia nak bagi nama saya rhyme dengan abang-abang jadi takde maksud hihi.

“Saya lahir pukul 8.16 pagi tadi. Berat saya 3.34kg. Saya dengar, ramai yang teka-teka jantina saya sebelum saya keluar. Ramai jugak yang teka saya gegirl berdasarkan ketajaman perut mommy, tapi so far bila saya tunduk tadi, saya nampak bebird jadi kiranya saya boboy, he/him,” tulisnya.

Untuk makluman, Dr Say dan Dr Azura telah mendirikan rumah tangga sejak 2014.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aezriel dan Sefriel.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say Sebak Anak Sulung Berjaya Sebut Namanya & Isteri – “Kami Tak Pernah Ajar Dia Nama Penuh Kami”

Artikel Berkaitan: Dr Say Sayu Anak Sulung Terima Kad OKU – “Nak Kata Saya Malu, Sikit Pun Tak”

Artikel Berkaitan: “Nak Buat Konten Otak Letak Kat Kepala Bukan Kat Tesla” – Jadi Wakil Isteri- Isteri & Wanita Tersakiti, Dr Say Tak Tolak Poligami Tapi…

Artikel Berkaitan: “Dajal Sungguh Lelaki Macam Ini” – Kongsi Kisah Curang Kenalan, Dr Say Shazril Samakan Curang Dengan ‘Tabiat’!

Atiqah Johari