Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2024 @ 11:31am

“Bukan Suka-Suka Saya Buka” – Shima ‘Teringin’ Perjelas Alami Migrain Teruk Punca Tanggal Tudung

Penyanyi Shima meluahkan rasa kesal terhadap peminat yang mengecamnya tanpa usul periksa berkaitan isu menanggalkan tudung seperti yang tular pada Isnin.

Menurut pemilik nama penuh, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, perbuatan menaggalkan tudung ini bukanlah dibuat sesuka hati melainkan ia disebabkan faktor kesihatan dan atas nasihat doktor.

“Ia kerana faktor kesihatan sebab saya selalu kena migrain. Saya tak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang. Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh.

“Saya sensitif dengan panas dan sangat alergik. Sakit ini akan menyerang. Suami pun tahu perkara ini. Bukan suka-suka saya buka. Saya pun dah tiga tahun tak bertudung kerana masalah penyakit ini.

“Saya biasa sahaja cuma saya tak muncul di media sosial. Itu sahaja,” ulasnya.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Teringin ini pernah bergelut dengan kesakitan dan pernah ke hospital tanpa wang namun tidak ada siapa yang peduli.

Justeru, meskipun diasak dengan kecaman dalam kalangan netizen, Shima menegaskan, dia tidak peduli terhadap kata-kata cacian yang diterimanya.

“Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun.

“Bila kita buat benda baik, berniaga dari rumah, mereka (masyarakat) tak support. Bila saya nak cari duit nak buat bisnes kecil-kecil dari rumah seorang pun tak pedulikan.

“Saya jual mee rebus dan mee jawa secara online pun tiada sambutan. Bila macam ini, mereka riuh satu kampung,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut,  Shima memaklumkan bahawa penyakit bronkitis yang dideritainya sejak setahun lalu kini mula beransur pulih.

“Alhamdulillah penyakit ini beransur pulih. Cuma kalau nak menyanyi kena perlahan-lahan kerana paru-paru masih lemah,” kongsinya.

Terdahulu, penampilan Shima mencetus persoalan ramai apabila dia tampil tidak memakai hijab.

Menerusi perkongsian di TikTok, penyanyi itu memuat naik sebuah video memaparkan dirinya berambut pendek serta memakai baju t-shirt berona merah.

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Bertudung Labuh, Warganet TikTok Terkejut Penampilan Terkini Shima ‘Teringin’ Tidak Lagi Berhijab?

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Trending Sun, 1 Apr 2018

Kenapa Kek Perkahwinan Ini Menjadi Kek Paling Mahal Di Dunia

Inilah yang dikatakan kek paling mahal didunia dengan menampilkan bentuk seorang pengantin perempuan dengan ketinggian 182 cm dan berat 120 kg.  Pereka luar biasa ini, Debbie Wingham adalah salah seorang pereka fesyen paling mahal di […]

Featured Wed, 22 Mar 2023

[VIDEO] Nasihat Para Wanita Untuk Tak Mengungkit & Ikhlas Maafkan Lelaki, Netizen Kritik Watie Hanifiah – “Belum Kena Kat Batang Hidung…”

‘Kesabaran lelaki akan tercabar kalau kita mengungkit’ – Watie Hanifiah.. Ha apa pendapat korang?

Trending Tue, 30 Oct 2018

「3.5米巨型Hello Kitty」Our Sanrio Times展览齐集吉隆坡

Sanrio由1960年成立至今,已推出过超过400个成员!家传户晓的Sanrio家族成员,又岂止可爱的Hello Kitty一个,其余300多个成员,你又对他们的认知有几多?

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

Hiburan Wed, 4 Mar 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Individu Spontan Pegang Janggut UAI, Netizen Risau Terkena Sihir – “Takut Ada Niat Jahat.. Kuku, Rambut Bahaya”

Alamak, betul juga kan.. Risau pula min! Moga Ustaz Azhar Idrus dilindungi sentiasa 🥺

error: Content is protected !!