Hiburan By: SGMS Enal July 13, 2019 @ 3:30pm

‘Bukan Takdir Saya’ – Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 45, tidak menganggap bekas kekasihnya, Shahir Zawawi, 31, hanya menabur janji palsu.

Sebaliknya, kata bintang yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu, sudah tertulis tiada jodoh antara mereka.

“Saya dan Shahir sudah ‘move on’. Dia dengan kehidupannya, saya pula dengan perancangan hidup saya. Bagaimanapun, kami masih berkawan, cuma tiada hubungan istimewa. Kami juga tidak bergaduh atau bersengketa biarpun hubungan tidak sampai ke jenjang pelamin.

“Sebelum ini, saya tidak pernah meletakkan harapan biarpun Shahir selalu sahaja membuka mulut mahu meminang dan melamar saya sebagai isteri. Selagi janji tidak berpateri, saya anggap semua itu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

“Sebagai wanita, bohonglah jika hati tidak berbunga-bunga apabila diberikan harapan, tetapi lama kelamaan kematangan mengatasi segala-galanya. Sampai bila mahu menunggu?” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas sempena mempromosikan filem terbaru lakonannya, Wangi, yang akan menemui penonton pada 5 September depan.

Semalam, pelakon jelita berkenaan mengumumkan hubungan cintanya dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu sudah terlerai, sejak enam bulan lalu.

Erra berkata, dia tidak pernah menyalahkan penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu kerana tidak mengotakan janji.

“Saya juga tidak boleh nak menyalahkan Shahir. Saya percaya, jodoh dan pertemuan adalah aturan Allah. Saya dan Shahir sememangnya hanya ditakdirkan berkawan, bukannya menjadi suami isteri.

“Shahir mempunyai niat mahu meminang dan melamar saya, seperti diungkapkan ketika kami menjalinkan hubungan istimewa. Saya kenal Shahir… Dia selalu meluahkan hasrat mahu berkahwin dengan saya. Bagaimanapun, jika nak berkahwin, kenalah berusaha. Bukan tahu bercakap sahaja. Jelas, sasarannya tidak tiba ke penghujung.

“Saya pula tidak suka mengharapkan perkara yang tidak pasti. Jadi lebih baik kami lupakan sahaja,” katanya.

Erra berkata, mungkin dia dan Shahir ditakdirkan bertemu jodoh yang lebih serasi, pada masa depan.

“Jujurnya, saya tidak kecewa kerana saya percayakan aturan Allah. Jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan insan lain, Alhamdulillah. Jika tiada, saya reda kerana itulah perancangan Allah buat saya,” katanya yang bakal terbang ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji, bulan depan.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

‘PDRM, Jawab Soalan Saya’ – Eizlan Yusof Naik Angin?

Sebelum mengeluarkan kenyataan atau fakta, mereka mestilah membuat siasatan menyeluruh.

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Featured Wed, 7 Sep 2022

Justin Bieber Batal Konsert Jelajah Dunia

Semoga cepat sembuh Justin! Jangan sedih-sedih tau semua.

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Demi Anak, Bella Sanggup Terima Aliff

Kadang kala kita tak tahu apa yang orang lain rasa melainkan kita sendiri pernah melaluinya…

TECH Wed, 3 Oct 2018

Aplikasi Down Tiba-Tiba, 75,000 Carian ‘Instagram’ Di Twitter Hanya Dalam Sejam

Menurut lamam Independent.co.uk, aplikasi ini tiba- tiba terhenti di mana pengguna tidak dapat melihat gambar atau profil pengikut. Kenapa agaknya ya?

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Pakai Tudung Pun Masih Terima Mesej Lucah, Zizi Kirana Bengang!

Dah bertutup litup pun Zizi masih terima mesej lucah, ish…