Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Ini  berita baik buat semua penonton setia slot LESTARI TV3 kerana drama bertajuk Bukan Kahwin Paksa yang diadaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil bakal menemui korang malam ini!

Bukan Kahwin Paksa merupakan terbitan produksi Global Station Sdn. Bhd yang menampilkan pasangan sama cantik sama padan iaitu Kamal Adli dan Hannah Delisha sebagai watak utama.

Drama arahan Idora Abdul Rahman yang menggantikan Drama Titian Takdir ini akan bersiaran selama 13 episod pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam.

 

Bukan Kahwin Paksa

Bukan Kahwin Paksa mengisahkan Izz Rizqin dan Dara Safiya yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan sehingga menyebabkan mereka menjadi musuh. Hanya disebabkan oleh sebuah e-mel, mereka kemudiannya menjadi kawan baik di alam maya sehingga mereka mula jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya sendiri. Izz Rizqin membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang sulungnya Azz Rizqin.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi bekas kekasihnya, Ryan. Dia bercita-cita untuk hidup membujang sampai ke tua untuk menjaga kedua-dua orang tuanya.

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali satu sama lain, mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

Nak tahu lebih lanjut tentang apa yang terjadi dengan kisah cinta mereka? Jangan lupa saksikan drama Bukan Kahwin Paksa bermula malam ini di TV3 okay!

Syafiqa Irdina