Hiburan By: Izzi Farhana June 21, 2023 @ 11:14am

Bunkface Bakal Gegarkan Borneo Julai Ini

Kumpulan rock ternama tanah air, Bunkface, akan menggegarkan peminat mereka di Borneo dengan mengadakan konsert yang yang diberi nama “Bunkface Rock In Borneo”.

Konsert ini akan diadakan pada 19 Julai 2023 di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah.

Konsert “Bunkface Rock In Borneo” menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan, dengan bunyi rock yang menggema di seluruh gelanggang.

“Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan daripada Mycreative ventures Sdn Bhd mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat menghadiahkan sebuah concert kepada peminat kami di Borneo, terutamanya Sabah”, jelas Sam selaku vokalis kumpulan tersebut.

Pemain bass kumpulan tersebut iaitu Youk juga turut berharap agar konsert tersebut dapat dilanjutkan lagi di daerah lain sekitar kepulauan tersebut.

Dikenali dengan persembahan yang penuh energi dan mengasyikkan, peminat boleh menjangkakan persebahan yang luar biasa daripada Bunkface.

Konsert ini juga adalah peluang unik untuk menyaksikan kecergasan dan semangat rock sebenar yang ditawarkan oleh Bunkface.

Tiket konsert “Bunkface Rock In Borneo” telah mula dijual pada 11 Jun di tapau1x.tapau.asia.

Tiket bermula dari RM 88 untuk CAT 1 – Panik , RM 128 untuk CAT 2- Revolusi, dan RM 158 untuk CAT 3 – Situasi.

Peminat-peminat dijemput untuk mendapatkan tiket awal untuk memastikan kehadiran mereka pada malam yang mendebarkan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Mon, 11 Nov 2019

“Paling Saya Rindu Adalah Lakonan.” – Marsha Terkilan Kurang Tawaran Selepas Berkahwin

Menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh…serba boleh!

Trending Sun, 1 Aug 2021

‘Hidupkan Pagi’ Bersama TV3 Bermula 1 Ogos!

Program-program yang lebih segar, ceria dan mantap bersiaran bermula 1 Ogos ini menerusi slot pagi di TV3! Menerusi tagline ‘Hidupkan Pagi’, beberapa perubahan telah dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program-program yang pasti dapat menceriakan hari […]

Hiburan Sat, 18 Feb 2023
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Tue, 21 Jun 2022