Hiburan By: SGMS Faida September 3, 2018 @ 11:30am

Bunkface Mengaku Terima Soalan Pelik Di Ruangan ‘Sembunk’

Trio Bunkface yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini mempunyai banyak strategi untuk mendekati peminat mereka.

Salah satu caranya adalah dengan menjawab soalan peminat di ruangan ‘Sembunk’ menerusi Facebook Live.

Sejak beberapa bulan lalu, kumpulan yang kini terkenal dengan lagu Apa Pun Tak Boleh ini mengaku ada menerima soalan ‘pelik-pelik’ daripada peminat.

“ Sepanjang bersiaran di FB Live, kami ada dapat soalan pelik-pelik tapi tak berapa nak ingat.

“ Kami faham dan boleh agak soalan itu datang daripada siapa. Selalunya budak- budak… cuma apa yang negatif kami tidak ambil pusing.

“ Kami memilih menjawab soalan yang ada aura positif sahaja,” kata Sam selaku vokalis Bunkface.

Dalam perkembangan lain, Bunkface kini fokus dalam proses pembikinan album namun tarikh pelancaran masih belum diputuskan.

“ Sepatutnya, tarikh pelancaran dibuat pada 18 Oktober depan namun atas sebab tertentu, kami terpaksa tangguhkan dahulu.

“ Dalam album terbaru kami, ada empat lagu Melayu dan empat lagu Inggeris.

“ Kami anggap projek kali ini cukup istimewa kerana ia buat julung kali menyaksikan kerjasama Bunkface dengan penyanyi era 60-an, Datuk Jeffrydin, dan artis rap, Caprice,” katanya kepada xtra.com.

Kesemua lagu dihasilkan sepenuhnya di studio milik Bunkface, BF Rockstation dan berkemungkinan album ini akan dilancarkan sekitar hujung tahun. Good Luck Bunkface! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Aug 2022
Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Keena Mentor Akui Penyanyi Hantar Santau?

Keena memberitahu, kesan lebam yang kelihatan dibadannya itu adalah kesan santau angin yang dihantar oleh individu yang tidak dikenalinya. Dan, apa yang lagi memeranjatkan individu tersebut merupakan seorang penyanyi?

Featured Fri, 30 Sep 2022
LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Tahniah! Ilham, Alia Erika Pemenang Pencarian SAFARI GROM

Penampilan khas oleh penyanyi Andy Flop Poppy dan pelakon Gambit Saifullah turut menyerikan suasana pada petang itu.

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Remy Ishak Berang, Sifatkan Individu Terbabit Sebagai Kurang Ajar Dan Bodoh!

Remy turut memberitahu tindakan lelaki tersebut disifatkan sebagai kurang ajar dan melampaui batas kerana bertindak bodoh.