Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 30, 2022 @ 7:16pm

[VIDEO] Neelofa Sebak Lihat Secebis Rambut Rasullullah SAW – “Meremang Bulu Roma… Rasa Sangat Hampir Dengan Nabi Tercinta”

Selebriti terkenal, Noor Neelofa mencuri perhatian selepas tular sebuah video memaparkan dirinya menangis dan sebak melihat cebisan rambut Rasullullah SAW.

Neelofa yang juga merupakan usahawan itu tidak dapat menahan air mata ketika berada di Festival Islamik dan Halal bersama Persetubuhan Kasih Neelofa bertempat di Persada Johor International Convention Centre.

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram Story, Neelofa berkongsi pengalaman melihat cebisan rambut Rasullullah SAW dan barangan peribadi baginda.

“Ada helaian rambut Nabi SAW, cebisan jubah dan capal baginda… Meremang bulu roma dan rasa Masya-Allah, ibarat begitu hampir dengan Nabi tercinta,” katanya.

Menerusi Instagram Story lain, Neelofa turut berkongsi gambar pameran cebisan rambut Rasullullah SAW secara lebih dekat buat tontonan pengiktunya di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen turut sebak melihat momen tersebut. Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang memahami perasaan yang dirasai ibu anak satu itu yang merindui baginda.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 131,000 tontonan, 14,100 tanda suka dan 142 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Events Fri, 14 Sep 2018

R!UH Unveils Historic Sentul Depot This Malaysia Day Weekend

Take note guys, R!UH won’t be in APW Bangsar this weekend.

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
error: Content is protected !!