Featured By: Aqilah Paharuzi December 23, 2022 @ 3:44pm

Cabaran 12 Jam Dalam Khemah ‘Misi Musim Sejuk Syria’, Inteam Raih Dana RM840,310 Secara ‘Live’

Kumpulan nasyid popular, Inteam menyahut cabaran untuk menyertai kempen Cabaran 12 Jam Syria bersempena misi Musim Sejuk Peduli Insan kali ke-10.

Selaku ikon Pertubuhan Peduli Insan, Inteam yang dianggotai oleh Hazamin, Rahim dan Syah telah berangkat ke kem pelarian Syria terletak di Azzaz pada Februari lalu.

Ketika itu Inteam berkampung dibawah sebuah khemah kem pelarian Syria dan menjalan cabaran tersebut bermula pada 11 pagi 18 Feb 2022 sehingga jam 11 malam hari yang sama secara langsung menerusi laman rasmi Facebook Inteam.

Difahamkan lebih 10 artis dan ustaz selebriti dijemput untuk turut serta berada dalam talian bersama Inteam iaitu Mawi, Norman Hakim, allahyarham Bob Lokman, Diana Amir, Hafiz Hamidun, Ustaz Zamri Mantop, Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Nazmi Karim, Ustaz Mohd Hariri, Datuk Sri Mahadi, dan ramai lagi.

Dalam pada itu, menurut Hazamin tujuan bagi menjalankan cabaran tersebut secara langsung adalah untuk membuka mata lebih ramai pihak dalam menyaksikan keadaan sebenar di sana.

“Sebelum kami ke Syria pada bulan Februari lalu, dalam perbincangan dengan Pertubuhan Peduli Insan kami ada fikir untuk buat satu cabaran yang boleh membuka mata lebih ramai orang untuk mengetahui keadaan sebenar di sana.

“Apabila kami buat cabaran 12 jam berada dalam khemah kami berharap dapat sampai kepada orang ramai dengan lebih luas supaya mereka dapat melihat suasana berada dalam khemah dalam musim sejuk.

“Ada beberapa pertubuhan daripada luar negara juga pernah membuat siaran langsung selama 24 jam di Syria, tapi pada masa itu atas beberapa faktor keselamatan jadi kami buat hanya 12 jam.

“Dan kami juga menghimpun selebriti-selebriti tanah air dan tokoh tempatan turut terlibat melalui ‘crossover’ ataupun menghubungi secara langsung.

“Sepanjang 12 jam tersebut kami jalani beberapa interview bersama mereka. Disitu juga kami buka kutipan dana dan mengumumkan apabila ada yang menyumbang jumlah yang besar.

“Sebenarnya sasaran kami sebanyak RM1 juta, namun pada masa itu kami meraih sebanyak lebih RM840,310  sepanjang 12 jam bersiaran langsung di bawah khemah.

“Kami sangat bersyukur sebab pada akhirnya hasil kutipan kami berjaya mendapat sebanyak lebih RM1 juta untuk setahun dan kesemuanya sudah diagihkan,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu dan muzik video Selimut Kasih.

“Alhamdulillah, Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya.

“Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata Inteam berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252,75 sepanjang tahun 2022.

“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Ibadah Haji Tahun Ini Ditangguhkan Kepada Tahun Hadapan- Menteri Agama

Buat yang bakal menunaikan haji pada tahun ini..

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Amar Ahyan Mengaji Untuk Adiknya

Sempat lagi Amar Ahyan meluangkan masa bersama adiknya sebelum menjalani pembedahan mata

Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Terima Kecaman Peluk Mimi Peri, Almy Nadia Tidak Rasa Buat Perkara Salah – “Saya Tak Nak Tambah Dosa…”

Kekadang kita buat sesuatu tu macam tanpa sedar kan.. Mungkin tak sengaja

Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Wed, 31 Jan 2024