Categories: HiburanSelebriti

Caprice Cari Pasal Dengan Anak Muda Kelantan

“Caprice memohon maaf kepada kumpulan Anak Muda Kelantan dan rakyat Kelantan jika mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG Kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post,” luah penyanyi rap, Caprice di posting terbaru di Instagramnya, hari ini.

 

Ia susulan kecaman daripada majoriti rakyat Kelantan yang kecewa dengan kenyataan penyanyi itu yang mendakwa rakyat Kelantan tidak faham bahasa Inggeris.

Dalam posting terbarunya, Caprice bersetuju dengan kenyataan penceramah dan ilmuan, Zakir Naik telah diprovokasi.

“Namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu Islam yang canggih.

“Rakyat Malaysia perlu bersatu sama-sama dan tidak terlalu fokus pada isu perkauman,” tulisnya.

Caprice turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan NGO Anak Muda Kelantan untuk membantu ummah sebab dua-dua pihak ada visi yang sama.

Dalam permohonan maaf itu, dia turut mengambil kesempatan mempromosi beberapa aplikasi dalam talian yang dibangunkan untuk tujuan pembangunan ummah.

 

Oleh: Guy Masaki

SGMS Putri