Categories: HiburanSelebriti

Farah Nabilah Bakal Berkahwin?

Pelakon Farah Nabilah terkejut apabila ada pihak cuba mencipta spekulasi dia bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Malah, dia diberitahu sudah ada kad kahwin yang diedar sekali gus membuatkan pelakon itu berasa pelik.

“Mana ada saya edar kad kahwin? Datang dari mana berita tu? Malah pihak itu mendakwa saya akan berkahwin pada Oktober ini walhal saya akan berada di Jerman.

“Entah-entah yang cipta spekulasi itu tak sabar nak saya kahwin kot? Kalau tiba masanya, jangan risau, saya takkan diam,” katanya pada XTRA.

Katanya, jika benar mahu berkahwin, dia akan mengadakan sidang media mengumumkan perkahwinannya pada masa depan.

“Perancangan berkahwin tu memang ada lagi pun saya sudah 27 tahun dan ibu pun sudah bertanya tentang cucu,” katanya.

Sebelum ini, Farah yang memiliki kekasih pernah mendedahkan impian mahu menamatkan zaman solo sebelum Syawal, tahun depan.

Oleh: Guy Masaki

SGMS Putri