Categories: HiburanSelebriti

Meski Belum Lahir…Baim Wong Sudah Bayangkan Pekerjaan Anak

Pelakon Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven terbang ke Sepanyol untuk menikmati percutian ‘babymoon’.

Sementara itu, pasangan ini berkesempatan menonton perlawanan bola sepak antara Valencia FC menentang Real Sociedad untuk Kejuaraan Liga Sepanyol 2019.

Difahamkan juga, Baim dan Paula bersama dengan ratusan influencer media sosial lain dijemput menjadi tetamu VVIP untuk memeriahkan perlawanan pertama di La Liga Sepanyol Musim 2019-2020.

Raut wajah gembira jelas kelihatan di wajah pasangan ini ketika dapat menjejakkan kami buat pertama kali di Stadium Mestalla.

Sambil melihat pemain bola sepak pasukan Valencia FC, Baim secara berseloroh berharap agar anak lelaki dalam kandungan isterinya sekacak para pemain bola itu.

“Harap-harap kacak dan hebat macam mereka,” ujarnya spontan.

Mendengar ucapan Baim, Paula hanya tertawa yang turut bersetuju dengan impian suaminya itu.

Tambah Paula, dia juga berharap anak lelakinya itu nanti mampu bermain bola sepak dengan baik.

“Siapa tahu anak kita boleh menjadi pemain bola,” ujarnya.

Baim dan Paula telah berkahwin pada November 2018.

SGMS Faida