“Cara Dia Tunjuk Concern Tu…” – Kongsi Sebab Tertarik Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Jawab Soal Perancangan Kahwin

Pelakon Aedy Ashraf dilihat selesa berkongsi tentang hubungan cintanya bersama pelakon dan pengacara Amelia Henderson.

Menurut Aedy, dia tertarik dengan sifat-sifat positif Amelia selain rupa parasnya yang cantik.

“She’s very beautiful. She has a beautiful soul, she has a beautiful character. She’s very smart and intelligent and apa yang buat saya lagi tertarik adalah bagaimana dia begitu committed to her work.

“The way she supports me dan cara dia tunjukkan concern tu is out of this world and thats what makes me appreciate her more,” jelasnya.

Aedy ditemui semasa majlis sidang media tayangan filem War on Terror: KL Anarki yang berlangsung di GSC Lalaport BBCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disoal mengenai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius, masing-masing hanya berserah kepada jodoh.

“Planning tu tak ada sebenarnya. Kami sangat rapat dan sentiasa ada for each other. She’s my biggest supporter.

“Untuk planning tu, kami leave it open dan tidak letak tarikh atau target buat masa ini sebab masing-masing busy.

“Dia sangat committed to her work sampai saya pun terinspirasi dengan cara Amelia bekerja. Insya-Allah kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah. Kami selesa dengan each other dan family pun dah berkenalan, Alhamdulillah,” ujarnya.

Maya Basir