Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2018 @ 2:40pm

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Biarpun baru berusia 31 tahun, ia langsung tidak menghalang penyanyi A. Rozainie untuk memperjuangkan irama Pop Yeh Yeh.

Akui lelaki ini, minatnya terhadap genre malar segar ini berputik sejak di bangku sekolah lagi. Malah, dengan irama pop yeh yeh juga dia masih aktif di pentas nyanyian.

“ Sejak kecil lagi, saya sudah biasa di acara pertandingan atau pertunjukan pentas. Malah sejak di bangku sekolah lagi iaitu semasa membesar di Triang Hilir, Pahang, saya juga sering menyanyi di Fun Fair. Pendek kata apa jua pertandingan ketika dulu, saya pasti membawakan lagu-lagu Allahyarham A. Ramlie.

“ Sumber rezeki saya juga melalui lagu bergenre pop yeh yeh. Syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di konsert Pop Yeh Yeh di Istana Budaya, sabtu lalu.

A Rozainie yang juga dikenali sebagai klon Allahyarham A Ramlie kerana memiliki suara seakan-akan penyanyi lagend itu memberitahu dia pernah menghasilkan album sebelum ini.

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, saya pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

 “ Maklum balas sangat baik. Saya juga bakal tampil dengan album terbaharu bertajuk Suratan Hidupku. Insya Allah, album penuh akan berada di pasaran bermula tahun depan,” katanya.

A Rozaini turut menyampaikan lima buah lagu pada konsert pop yeh yeh seperti Kenangan Mengusik Jiwa, Oh Fatimah, Itulah Sayang, Jauh Dikenang Dekat Disayang, Cahaya Bulan Di Air Tenang dan Hidup Bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Smashes Charts!

Congratulations, girls and keep slayin’!

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

“Tiada Hubungan Istimewa Bersama Puteri” – Faisal

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menafikan hubungan istimewa bersama Puteri Aisyah. Hanya sekadar teman biasa sahaja.

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘Tolong Doakan Yang Paling Baik’- Ika Nabella Umum Hamil Anak Pertama

Kata Ika, dia juga nak cuba berpuasa penuh tahun ini.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya” Baru-baru

Hiburan Mon, 19 Nov 2018
Featured Wed, 25 May 2022
Featured Mon, 20 Mar 2023

| Live TV

error: Content is protected !!