Events By: Salma Syahbuddin May 30, 2018 @ 4:23am

Celebfest Paling Happening! Tampil Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Izzue Islam & Erma Fatima

Bazar Selebriti Celebfest 2018 yang berlangsung di Suntec Convention & Exhibition Centre Singapura pada minggu lalu meriah dengan kemunculan 4 artis popular yang dibawakan oleh tonton & Singtel. Rombongan artis Malaysia ke kota Singa itu adalah sebahagian daripada promosi portal penstriman tonton dan Singtel untuk Singtel CAST, yang membolehkan peminat negara jiran menonton seleksi program drama serta hiburan Malaysia secara atas talian.

Menjadi tarikan utama di pentas, kemunculan Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Izzue Islam serta Erma Fatima bersama dua pengacara tempatan, Dyn Norahim dan duta Singtel Nurul Aini mendapat sorakan gemuruh hampir 1,000 pengunjung yang menanti di arena pentas. Selain beramah mesra, peminat di negara jiran tidak melepaskan peluang mendekati idola mereka di gerai Singtel usai acara utama.

 

Syafiq Kyle yang mengakui teruja dengan sambutan hebat di Singapura,  “Sambutan tak payah cakaplah, memang luar biasa dan sangat terharu apabila peminat tak berhenti mahu bergambar. Dengan nilai serendah SGD7.90, penonton di Singapura dapat menyaksikan pelbagai drama hebat Malaysia terus dari aplikasi Singtel CAST.”

Sasqia Dahuri yang memiliki ikatan dengan jejaka Singapura mengiyakan kehadirannya yang lebih banyak meluangkan masa bersama peminat di sini. Malah, fesyen rekaan bersama pereka fesyen terkemuka Singapura, Fatimah Muhsin turut mendapat sambutan hebat peminat di sini. “Ini kali kedua Sasqia menyertai Celebfest Singapura. Dan tahun ini sambutannya memang lebih meriah berbanding dahulu, sehinggakan saya tidak sempat melayan peminat yang beratur di gerai Singtel. Alhamdulillah, Sasqia dipilih oleh tonton dan Singtel; yang dikenali cukup selektif dalam memilih pelakon.”

Izzue ketika ditemui berkata, “Ini pertama kali Izzue menyertai acara sebesar ini di Singapura. Tak sangka, kehadiran begitu ramai dan Izzue berterima kasih kepada tonton dan Singtel yang membawa rombongan artis Malaysia ke sini.” Jeritan dan sorakan peminat menjadi lebih riuh apabila Izzue Islam tampil dengan aksi nakal bersama pengacara. Aksi bersahaja yang cukup ‘sporting’ bersama peminat membuatkan suasana gamat dengan gelak ketawa.

 

Erma Fatima turut membuat kemunculan bersama barisan pelakon ‘Mak Cun’, yang nyata mendapat sorakan gempita dewan. Malah, pelbagai produk jenama ‘Mak Cun’ turut habis terjual  menjelang hari kedua acara Celebfest.

Menerusi kerjasama tonton dan Singtel, peminat di Singapura kini boleh menikmati drama dan program hiburan Malaysia dengan memuat turun aplikasi pengstriman video Singtel CAST.

 

Artikel Berkaitan : 

Karnival Celebfest Taqwa Kali Ini Lebih Meriah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

东于哲「30小时不睡觉」拍摄《黑白说》MV

东于哲暌违两年推出新歌《黑白说》回归本地乐坛!为了把MV呈现最好的视觉效果,两人和制作团体牺牲了睡眠时间,足足用了30个小时。

Featured Thu, 12 Jan 2023