Cerita Artis Plastik, Kenapa Janna Nick Naik Angin?

Status yang dimuat naik di laman Instastory baru-baru ini menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminat. Ya lah, Janna Nick yang kita kenal sangat riang orangnya! Tiba-tiba naik angin di laman sosial, pelik juga tu…

Pelakon jelita ini mengakui status berkenaan ditujukan kepada seseorang namun enggan mendedahkan siapa orangnya.

“ Ada orang di kalangan selebriti sengaja berpura-pura baik semata-mata untuk mendekati saya.

“Saya tak komen fasal ini sebab bagi saya, yang plastik tu biarkan plastik. Kalau boleh saya tak nak libatkan dengan orang seperti itu.

“Status yang saya muat naik itu memang ditujukan pada individu tersebut dan harap dia terasa la. Saya tak nak dedah siapa orang itu.

“Tapi orang tu jarang nampak tapi dia cuba untuk merapatkan diri dengan saya,” katanya.

Tambah Janna lagi, dia sudah lama menyedari sikap individu tersebut dan sudah belajar menerima.

“Ada kejadian-kejadian yang membuatkan saya nampak diri dia tu plastik. Saya dah lama tak tahan, cuma lama-kelamaan saya belajar menerima.

“Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna turut menasihati rakan-rakan industri agar tidak berpura-pura baik jika membenci artis lain.

“Nasihat rakan-rakan industri, kalau tak suka, membenci sama-sama artis tu tak perlu berpura-pura baik.

“Bila dah menerima orang lain dalam hidup kita dengan niat nak berkawan tapi keikhlasan itu dipijak-pijak.

“Sebab tu saya berhati-hati dalam industri ini tak boleh percaya semua. Tapi saya terima sahaja sesiapa nak berkawan dengan saya,” akhirinya.

SGMS Faida