Categories: TECHTech News

Ini Sebab Kenapa Anda Perlukan Tandatangan Di Setiap Emel Penting Sebenarnya!:

 

Tandatangan dalam setiap emel yang anda hantar sebenarnya penting, buat sesiapa yang belum tahu. Mesti ramai fikir ni perkara remeh je kan? Sebenarnya tidak…

Ia penting untuk menaikkan kredibiliti sendiri lebih-lebih lagi jika anda mempunyai jawatan atau pekerjaan yang mampu memberi impak pada diri. Ia juga boleh memberikan tanggapan pertama pada orang yang membaca emel anda! Ini antara kepentingannya…

1. Ia bertindak sebagai kad bisnes digital

Salah satu sebab penting kenapa anda perlukan tandatangan di setiap emel adalah ia boleh dijadikan kad bisnes digital. Dari korek mesej lama atau beg tangan untuk mencari nota di mana orang yang anda jumpa tulis nombor telefon mereka, baik cari di tandatangan dalam emel yang pernah dihantar sebelum ini.

Kalau sehari anda hantar 10-40 emel, potensi untuk orang menyimpan dan mengingati nombor telefon anda adalah sangat besar!

2. Ia boleh digunakan untuk mempromosikan projek yang ada

Butiran untuk dihubungi memadai namun jika ada tandatangan dalam setiap emel lebih bagus. Bayangkan jika anda letak banyak info dalam tandatangan, pasti ramai mengetahui projek yang sedang anda lakukan atau laman web/akaun media sosial yang anda ada.

3. Memberikan orang lain bayangan wajah anda

Selepas membalas lebih 40 emel selama ini, anda belum pernah letak tandatangan di setiap emel yang dihantar. Bayangkan, orang yang membaca emel anda belum pernah melihat wajah penghantar emel. Sedih bukan?

Apa kata letak tandatangan dalam emel berserta wajah anda. Pastikan gambar jelas dan tidak serabut untuk dilihat. Pastikan juga anda berpakaian kemas dan sesuai dalam gambar itu. Tandatangan dalam emel berserta gambar juga boleh memberi gambaran lebih jelas tentang jenama/perniagaan/servis anda.

 

Jadi tunggu apa lagi? Buat satu tandatangan untuk emel anda sekarang!

 

Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal