Che Ta Ajar Intan Liana Teknik Apa Tu?

Rezekinya semakin mencurah-curah sejak dirinya ditinggalkan suami pada 22 Mac lalu bersama dua orang cahaya mata. Namun, Intan Liana tidak berputus asa dan redha dengan ketentuan ilahi atas dugaan yang menimpa dirinya itu. 

Sejak perceraian beliau bersama bekas pemuzik bebas, Ude Wahid. Intan Liana nampaknya tidak berdiri sendiri apabila beliau turut mendapat sokongan ramai rakan artis termasuklah, Che Ta. Haa, siapa yang tak kenal dengan Che Ta kan? 

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan telah memuat naik satu entri dilaman instagram beliau yang menegaskan bahawa dirinya benci terhadap perampas suami orang!

Bagaimana pun, Che Ta menjelaskan caption yang dibuat di laman sosial miliknya itu, sama sekali tidak ditujukan dekat mana-mana pihak.

Apapun, kalau dilihat menerusi gambar tersebut, Intan kelihatannya sangat cantik dengan penampilan dan raut wajahnya yang berseri-seri bukan?
Salma Syahbuddin