Che Ta Bantu Peminat Jadi Usahawan Kad Sim Glamour!

Berita baik buat seluruh peminat selebriti terkenal, Rozita Che Wan! Sebuah kad sim Glamour My Prepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan telah diperkenalkan, baru-baru ini.

Bertempat di Hotel Royal Chulan Damansara, selebriti terkenal ini mengumumkan kerjasama bersama Brand Partner kepada My InternaFonal Mobile Sdn. Bhd iaitu pengeluar jenama MyPrepaid.

Kad ini hanya bernilai RM10 dan tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan Data dan mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam masa sama, Rozita Che Wan atau lebih popular sebagai Che Ta turut mencari usahawan di kalangan peminatnya untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad sim eksklusif ini.

“ Menerusi kerjasama ini, kad sim istimewa ini menawarkan peluang kepada peminat untuk menjadi usahawan kepada produk eksklusif ini.

“ Ia juga menawarkan beberapa kelebihan berbanding kad prabayar yang ada dalam pasaran,” katanya.

Tambahnya, Program Usahawan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan menawarkan peluang kepada semua individu yang menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad prabayar ini.

“ Ia hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja. PendaLaran mula dibuka pada 29 April 2019 sehingga 11 May 2019.

“ Untuk menjadi agen mereka perlu membayar sebanyak RM3,888. Mereka perlu membuat pembayaran penuh pada 11 May 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan pada hari yang sama,” katanya agen yang mendaftar akan dibekalkan dengan alatan pemasaran yang diperlukan.

Pelancaran Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan bakal berada di pasaran bermula 29 April 2019.

Kelebihan Kad Sim Glamour Edisi Eksklusif Rozita Che Wan;

• Pelan Harga super jimat yang memberikan 3x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain dalam pasaran.

(a) Caj Panggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10sen/MB untuk data Pay As You Use.

(b) SeFap tambahnilai akan menerima KREDIT PERCUMA secara berganda.

(c) SeFap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. 

SGMS Faida