Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Terkenal sejak menjadi juri dalam satu program realiti masakan, nama Chef Adu semakin dikenali. Bukan sahaja menerusi bakatnya dalam bidang masakan, tetapi penampilannya yang dilihat begitu macho selepas progbaruram masakan realiti tersebut berakhir. 

Chef Adu atau nama sebenarnya Chef Adu Amran Hassan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila telah memuat naik gambar di laman instagram beliau baru-baru ini, menunjukkan beliau sedang mandi dan berada di dalam tub mandi. Wow!

 

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini.

Apapun, bertuah betul Chef Adu dapat bersantai ditempat mewah sebegitu kan? 

Salma Syahbuddin