Chef Wan Jalani Pembedahan – “Selepas Mak Saya Keluar Hospital, Saya Pula Check Up”

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan, petang ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan keadaan dirinya yang kini berada di hospital.

“Going into the operating theater under anesthetic at 4pm to do both my knee and left frozen shoulder this PRP treatment.

“Selepas mak saya keluar hospital, kini saya pulak.

“Ianya satu prosedur yang kecil sahaja dan saya akan bermalam di Hospital Gleneagle,” tulisnya.

Tambah Chef Wan, prosedur pembedahan ini akan membantunya lebih sihat pada bahagian lutut dan bahu.

“Prosedur ini akan membantu sepasang lutut saya untuk berprestasi lebih baik apabila saya berjalan pada masa hadapan.

“Oleh kerana bahu kanan saya juga mengalami sedikit kesakitan apabila saya berbaring untuk tidur dan sebelum ia bertukar menjadi “frozen shoulder”

“Doktor dah nasihatkan juga buat rawatan PRP sekali. Bukan prosedur yang murah pun,” ujarnya.

Chef Wan juga bersyukur pembiayaan perubatan itu ditanggung insurans.

“Suite Hibiscus saya sangat indah dan besar. Ia mempunyai bilik penjaga di sebelah bilik saya.

“Nasib abaik ada ambil insurans. Semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh mereka. Alhamdulillah,” tutupnya.

Terdahulu, Cef Wan mendedahkan dia membayar hampir RM6,000 sebulan bagi mengupah jururawat untuk menjaga ibunya.

Khairil Khusyairi