Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, memaparkan Meerqeen sedang mengacah Shaqeel dengan tidak memberikan minuman yang ada di tangannya.

Sementara itu, gelagat comel Shaqeel yang sudah membuka mulut mendekati straw mengikut arah pergerakan tangan Merqeen membuatkan warganet berasa kasihan.

“Sorry Shaqeel,” tulis Merqeen ringkas.

Hasil tinjauan di ruangan komen warganet tidak berpuas hati dengan Meerqeen dan berseloroh agar adik bongsunya itu dapat membalas perbuatan Meerqeen suatu hari nanti.

“Besar nanti buli balik abang tau Shaqeel.

“Gigit tangan abang tu Shaqeel, biasa dia ni.

“Qeel nanti Qeen tua kau buat camtu balik okay,” tulis netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempertahankan Meerqeen dengan mendakwa coffee tidak sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak.

“Maybe sebab tu coffee, tu tak bagi kot. Tapi comel lah.

“Kesian dah nganga mulut tu. Tapi kalau coffee memang patut abang awak tak bagi minum,”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dan lebih 227,000 tanda suka.Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, memaparkan Meerqeen sedang mengacah Shaqeel dengan tidak memberikan minuman yang ada di tangannya.

Sementara itu, gelagat comel Shaqeel yang sudah membuka mulut mendekati straw mengikut arah pergerakan tangan Merqeen membuatkan warganet berasa kasihan.

“Sorry Shaqeel,” tulis Merqeen ringkas.

Hasil tinjauan di ruangan komen warganet tidak berpuas hati dengan Meerqeen dan berseloroh agar adik bongsunya itu dapat membalas perbuatan Meerqeen suatu hari nanti.

“Besar nanti buli balik abang tau Shaqeel.

“Gigit tangan abang tu Shaqeel, biasa dia ni.

“Qeel nanti Qeen tua kau buat camtu balik okay,” tulis netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempertahankan Meerqeen dengan mendakwa coffee tidak sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak.

“Maybe sebab tu coffee, tu tak bagi kot. Tapi comel lah.

“Kesian dah nganga mulut tu. Tapi kalau coffee memang patut abang awak tak bagi minum,”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dan lebih 227,000 tanda suka.

Halimey Zamal