Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka.

Bukan itu sahaja, kegembiraannya itu turut membuat rakan-rakan di sekelilingnya itu turut sama bersorak dengannya.

@tyrakmrzzmnI got a bubble bazooka for my birthday 😭

♬ original sound – tyra

“I got a Bubble Bazooka for my birthday,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan Tyra dan turut terhibur melihat reaksinya ketika mendapat hadiah tersebut.

“Even the simplest things can make girls happy.

“Comelnya macam minions when they got stuffs.

“Comelnya reaction dia macam budak dapat mainan.

“Tak, asal comel sangat, orang excited dapat barang branded. Dia dapat tu pun happy lain macam humble betul,” komen netizen.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa mereka juga menginginkan hadiah Bubble Bazooka selepas melihat keterujaan Tyra.

“Oh my, now I rasa nak beli pulak hahaha.

“Nak ni juga please.

“I want this for my birthday also.

“Damn mana nak beli ni nak!” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 87,000 tontonan dan 12,000 tanda suka.

 

Dharnieya Nur Amelsa