Cheryl Samad Kembali Beraksi Dalam The Bridge

Siapa tidak kenal dengan pelakon kecil molek yang petah berkata-kata ini. Kemunculannya semasa mengacarakan program Muzik-muzik dahulu pastinya telah menempa nama beliau antara pengacara yang bijak dan profesional.

Setelah lama menyepi hampir 10 tahun dalam dunia pengacaraan dan lakonan, Cheryl Samad kini muncul dengan drama terbaru lakonannya yang bakal ditayangkan di saluran ntv7 pada 26 November ini berjudul The Bridge.

Menurut Cheryl dia begitu gembira dengan kemunculannya pada kali ini kerana beliau lama menyepi bukanlah disebabkan terlalu demands memilih skrip dan sebagainya. Tetapi, beliau kini lebih sibuk menguruskan keluarga dan anak-anaknya. 

“Sebenarnya setelah lama tak berlakon saya agak janggal untuk beraksi di hadapan kamera. Bayangkan 10 tahun saya tinggalkan semua ini. Tapi Alhamdulilla, saya hanya berasa sedemikian pada hari pertama penggambaran dan pada hari-hari yang lain kami dapat berkerjasama dengan baik.” Katanya ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri The bridge baru-baru ini.

Salma Syahbuddin