Categories: FeaturedGaya Hidup

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Siapa peminat pelakon wanita jelita Jessica Alba? Mungkin anda dah lama tak mendengar berita tentangnya tapi dia kini sedang menikmati “kerjaya” sebagai seorang ibu dan meluaskan jenama bisnes barangan kecantikannya Honest.

Dulu, dia pernah berlakon dalam filem-filem seperti Honey, Fantastic Four dan Into The Blue, serta siri TV yang melonjakkan namanya di persada seni, Dark Angel.

Dan jika anda mengikuti perkembangannya, rupanya tak ubah-ubah dari dulu, kan? Nampak macam muda remaja, walaupun dah berumur 37 tahun.

Sebab itu juga susah nak percaya yang sedekad sudah berlalu sejak dia menjadi seorang ibu. Bagi anda yang tak tahu, Jessica dan suaminya Cash Warren mempunyai 3 orang cahaya mata, iaitu Honor, 10, Haven, 7 dan Hayes, 8 bulan. Comel-comel semuanya!

Tapi paling menakjubkan adalah anak sulungnya yang memiliki rupa hampir seiras dengannya. Mereka baru pulang dari bercuti di Milan dan menerusi gambar-gambar di Instagram, anda akan tengok dua kali kerana mereka nampak macam kembar!

Bukan itu saja. Nampaknya Honor juga telah mengambil inspirasi daripada citarasa fesyen ibunya. Teruskan skrol untuk tengok sendiri bagaimana mereka mirip satu sama lain.

Foto: Rex/Shutterstock

Foto: Instagram @jessicaalba

Foto: Instagram @jessicaalba

Foto: Instagram @jessicaalba

Adalah juga rupa sama, kan?

Bonus!

Ini gambar Jessica dengan Cash. Pasangan bahagia!

Ini pula gambar Honor dengan Haven. First day of school!

Dan ini dia gambar anak bongsunya Hayes. Comel sangat!

Akhir sekali, gambar Jessica dan tiga anak-anaknya. Awww…

Sumber: Instagram @jessicaalba

Ad Ops