Hiburan By: Khairil Khusyairi October 3, 2023 @ 7:25pm

Cik Piah Trauma, Tepis Dakwaan Sengaja Tinggalkan Anak Dalam Tandas Pusat Beli Belah – “Tak Ada Niat Nak Abaikan”

Penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah tampil menjelaskan situasi sebenar apabila anak lelaki sulungnya, Adam Malique, 6, yang tertinggal di tandas di sebuah pusat beli belah, baru-baru ini.

Feeya atau lebih popular dengan gelaran Cik Piah itu menceritakan semula detik-detik cemas apabila mendapati anaknya itu tiada bersama.

“Bukan sengaja tinggalkan anak, kalau terjadi sesuatu seperti tinggalkan anak mesti ibu bapa akan disalahkan, cuai lah apa lah.

“Tetapi waktu kejadian itu, saya bawa anak bongsu saya bersama saya untuk saya mandikan dan tukar lampin. Jadi Adam memang dah terbiasa pergi sendiri tetapi saya juga pesan ‘apa-apa tunggu mummy di depan pintu’.

“Suami saya dengan anak kedua ketika itu pula nak pergi ke parking, Adam ikut saya juga sebab dia nak terkucil. Saya dah selesai siapkan adiknya, ingatkan Adam akan pergi ke bilik tukar lampin bayi tapi tidak.

“Saya kemudian tunggu di luar tandas dan panggil namanya tetapi senyap. Waktu itu team kami sahaja yang ada sebab dah nak tutup. Jadi saya ingatkan Adam dah pergi bersama team kami yang lain,” jelas Feeya ketika ditemui XTRA, pada Isnin.

Kongsi Feeya, dia ke pusat beli belah tersebut bersama rakan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

Akhirnya, Feeya dapat menarik nafas lega apabila anaknya ditemui oleh menantu Sharifah Shahirah, malah mengakui tidak dapat gambarkan perasaan jika Adam hilang.

“Bila sampai di kereta, suami saya tanya ‘mana Adam?’, saya terkejut dan terus berlari semula ke dalam mall, berderau juga sebab semua kedai dah nak tutup.

“Sekali sampai saja di hadapan tandas, menantu Kak Shiera (Sharifah Shahirah) tengah pegang Adam yang dah menangis. Nasib baiklah ada orang di situ. Bukan sengaja nak tinggal.

“Bila nampak muka dia saya rasa lega, gelak-gelak juga. Tak boleh bayangkan kalau anak kita hilang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Feeya turut menepis cakap-cakap netizen yang mengatakan dia sengaja meninggalkan anaknya itu. Malah mengakui kesilapannya itu dan akan lebih beri perhatian selepas ini.

“Tak ada niat nak abaikan. Dia tidak ditinggalkan, kalau betul nak tinggalkan, saya masuk kereta terus gerak tau. Alhamdulillah, Adam pun tidak trauma selepas itu,

“Selepas kejadian tersebut, saya set anak memang perlu ada dihadapan, tak boleh dibelakang.

“Saya juga ada baca komen-komen netizen, kita ambil yang baik, jadikan pengajaran, jangan nak seronok sangat. Saya akui juga ia kesilapan saya tapi bukan sengaja nak tinggalkan anak. Siapa yang tak sayang anak.

“Semua ini akan jadikan saya supaya tidak cemerkap. Buatkan saya jadi trauma, memang sekarang ni saya akan pastikan semua anak-anak ada bersama,” tutupnya.

Terdahulu, Feeya berkongsi klip rakaman yang memaparkan anaknya menangis selepas tertinggal di tandas di sebuah pusat beli belah.

Cik Piah mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, Nuh Aryyan, 4, dan Muhammad Zidane, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert SuriaVolusi Janjikan Kepuasan Kepada Warga Kelantan – “Hanya Persembahan Artis Lelaki…Kami Ikut Seratus Peratus Peraturan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kulit Bersih dan Tampil Cantik

Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing. Minum banyak air kosong Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa […]

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Betul Ke Rihana Oksana Cerai Talak Tiga?

Media Moscow melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu. Bagaimanapun bapa Rihana, Andrey Gorbatenko menafikan dakwaan tersebut.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Elak Obesiti, Anak Nora Jalani Pembedahan ‘Ikat Perut’

Nora memaklumkan anak keduanya, Alif Johan tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan.

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Masyaa-Allah bukan semua orang boleh cakna dengan perkara macam ni… 😥

Trending Mon, 17 Aug 2020
LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Trending Thu, 4 Jun 2020
Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Nora Danish Elak Beri Komen Isu Viral – “Lebih Baik Tengok Dan Diam Sahaja”

Kalau bercakap lebih-lebih, takut terkena batang hidung sendiri pulak nanti🥵😖