Hiburan By: SGMS Faida March 26, 2019 @ 5:00pm

Cita-Citata Sedia Tinggalkan Status Janda, Bakal Kahwin Tahun Depan!

Mengaku sedang serius bercinta dengan usahawan Indonesia, Cita-Citata memasang niat untuk berkahwin pada tahun depan.

Penyanyi berusia 24 tahun itu mengaku mahu melepaskan gelaran janda secepat mungkin.

“ Kalau ikut rancangan saya mahu segera berkahwin dengan kekasih tahun depan. Doakan agar rancangan berjalan baik. Kalau ada jodoh, kami kahwin. Kalau tidak, ya cari lagi,” katanya ketika ditemui media tempatan di Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Cita-Citata yang pernah berkahwin sebelum ini mahu lebih berhati-hati dengan rancangan mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“ Saya tidak mahu terburu-buru kerana bimbang jika cerai lagi. Jadi saya tunggu waktu terbaik untuk mendapat lelaki terbaik. Sudah tentu saya berharap perkahwinan kali ini akan kekal selamanya,” akuinya.

Pelantun Goyang Dumang ini mengaku dalam proses mengenali hati budi kekasihnya itu.

“ Saya serius kali ini. Cuma saya perlukan sedikit masa untuk mengenali ahli keluarganya sama juga dengan si dia. Berkahwin bukan hanya penyatuan dua hati tetapi dua keluarga juga. Jadi kami perlukan masa untuk mengenali keluarga masing-masing dahulu,” akhirinya.- Kompas.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 Oct 2018

Malaysian Fans Felt Like True ‘Winners’ as They Watch Winner Perform Live

Anyone will feel like a champ as they enjoy the powerful guys’ performances.

Featured Sun, 9 Jul 2023
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Kehilangan Masih Terasa’- Jalaluddin Hassan Sebak Rai Syawal Tahun Ini

Walaupun sudah beberapa bulan arwah pergi, kehilangannya masih terasa…

Featured Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kita Jangan Fikir Negatif” – Fauziah Latiff Hormati Penyanyi Senior & Junior

Tidak kira senior atau junior, masing-masing ada kekuatan tersendiri!