Comeback is Real! Fafau & AG Kembali Ke Hot FM, Peminat Mahukan FBI Pula

Setelah hampir 5 tahun meninggalkan Hot FM, personaliti radio terkemuka, Fara Fauzana kembali menjalankan tugas di stesen terbabit bersama rakan penyampai, AG.

Kehadiran Fara dan AG dijangka merancakkan lagi rancangan GPH bersama-sama Fad Bocey.

Menerusi laman Instagramnya, AG mengharapkan para peminat terus memberikan sokongan penuh buatnya.

“Segala persoalan sudah terjawab. Persoalan AG sendiri juga sudah terjawab. Bagai sirih pulang ke gagang buat saya dan Fara Fauzana. Sah, AG, Fara dan Fad akan temani pagi hari anda di Hot FM,” katanya.

Menjengah di ruangan komen siaran langsung Hot FM Live di laman YouTube, rata-rata pendengar meluahkan rasa teruja dan meminta agar rakan penyampai radio, Faizal Ismail atau FBI kembali menyertai stesen radio itu.

Untuk pengetahuan semua, Fara sebelum ini telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri sekitar 2016 bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”