“Ini Bukan Caranya, Sekarang Allah Juga Boleh Kasi Lu Susah..”- Ramai Selebriti Buka Mulut Isu Carl Samsuddin

Isu melibatkan usahawan muda, Carl Samsuddin yang bersikap biadap terhadap warga emas ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit menimbulkan kemarahan orang ramai.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan tak kurang juga daripada selebriti tempatan termasuk Aaron Aziz dan Sherry Ibrahim.

Menerusi Instagram, Aaron Aziz tampil menegur tindakan usahawan itu.

“Salam brader. Lu Kalau nak tolong orang Jangan nak korek corek kisah silam siapa siapa. Gua tak tahu la lu siapa Tapi jaga lu punya adab. Diaorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke lu Kalau nak buat kerja Kebajikan this is not the f%@kin way. Jangan jatuh kan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu di hantar Tuhan utk ‘tolong’ orang susah skrg ALLAH juga boleh kasi” tulisnya di laman sosial

Perkongsian Aaron turut menerima pelbagai komen positif dan rata-rata pengguna sosial media bersetuju dengan pendapat Aaron. Sekiranya kita berada di atas, usah bersikap takbur dan ujub dan memperlekehkan sesiapa sahaja tambahan lagi orang tua.

Apapun, semoga kes ini menjadi pengajaran dan iktibar semua. Jangan terlalu mendongak kelak pasti akan tersungkur kerana kita hanya manusia biasa.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”