Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Cium Zahirah Macwilson!

Tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pelakon Zahirah Macwilson di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian penonton.

Menerusi hantaran tersebut, suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees sedang berebut untuk mengucup pipinya.

Namun, apa yang menghiburkan hati ramai adalah ketika Isaac menolak Aiman daripada mengucup Zahirah.

@zahirahmacwilsonIjack punya!

♬ original sound – Zahirah Macwilson

“Bila two boys berebut nak kiss kita,” tulisnya di dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Isaac yang menolak Aiman daripada mendekat dengan ibunya.

“Sampai hati Ijack tolak muka daddy dia.

“Hahaha Ijack.

“Macam itu je dia tolak muka daddy dia.

“Amboi tak kasi papa dia nak cium hahaha,” tulis netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mengatakan bahawa mereka mengimpikan keluarga yang romantis seperti Zahirah.

“This is how I imagine me and my family in the future. May Allah God bless your family, Zahirah!

“This is how I want my future family going to be,” komen netizen.

 

Dharnieya Nur Amelsa