‘Cover’ Lagu Sang Dewi, Nyanyian Ernie Zakri Raih Pujian Warganet

Penyanyi Ernie Zakri tampil meraih pujian dalam kalangan peminatnya selepas video penyanyi itu mendendangkan lagu Sang Dewi nyanyian semula Lyodra Ginting tular di TikTok, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok @erninators, Ernie telah menyampaikan lagu tersebut ketika berada di sebuah majlis perkahwinan sekali gus membuat rata-rata pengunjung di situ terpaku dengan nyanyiannya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, kebanyakan pengikutnya memuji kemerduan penyanyi itu menyampaikan lagu tersebut, bahkan ada yang memintanya untuk menyanyikan dalam versi penuh.

“Dia nyanyi dengan key yang smooth & low macam tu je.

“Sumpah kalau lagu ni Ernie yang remake mesti lagi perfect dari Lyodra.

“Nak full versionnnn, smooth giler weh Ernie nyanyi.

“I need full version!!!!!,” komen peminatnya.

Fatin Nurain