Izzue Islam Kini Bergerak Solo

Penyanyi Izzue Islam tetap dengan pendirian untuk keluar daripada kumpulan Forteen biarpun sudah berdamai dengan anggota kumpulan lain.

Izzue hadir bersama tiga anggota Forteen di segmen Suria Petang secara langsung tempoh hari meluahkan rasa syukur dengan pertemuan itu.

“ Alhamdulillah saya lega apabila perselisihan faham antara kami dapat diselesaikan dalam tempoh cepat. Masing-masing sudah menyuarakan pendapat dan tidak puas hati. Segala persoalan sudah diselesaikan,” katanya.

Namun begitu, Izzue tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk keluar daripada kumpulan yang sudah ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu.

“ Ini adalah jalan yang terbaik agar kami tidak lagi berselisih faham dan kekal berbaik.

” Paling utama, doakan saya dan anggota Forteen yang lain berjaya di bidang kerja masing-masing,” tuturnya.

Minggu lalu, Izzue membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada Forteen selepas tujuh tahun bersama.

Forteen kini dianggotai oleh One, Ariz Lufias dan Ameerais.

 

SGMS Faida