Selebriti kontroversi Indonesia, Vanessa Angel sekali lagi mengejutkan dunia hiburan apabila dilaporkan sudah berkahwin dalam diam.

Vanessa dilaporkan bernikah di rumah pengurusnya, Joana di kawasan Cinere, Depok, Jawa Barat, semalam.

Memetik laporan Suara.com, Joana mengesahkan artisnya itu sudah selamat bergelar isteri.

“Ya benar dia sudah sah bernikah di kediaman saya. Mas kahwin berupa cincin emas dan satu set kelengkapan solat,” katanya.

Namun begitu, Joana tidak mendedahkan siapa gerangan jejaka yang berjaya menambat hati selebriti berusia 27 tahun itu.

“Maaf untuk pengantin lelaki, mereka tidak mahu menwar-warkan kepada umum,” katanya memberitahu lelaki itu adalah seorang usahawan.

SGMS Faida