Takziah…Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia Selepas Koma 3 Minggu

Selepas anak penyanyi terkenal Nora meninggal dunia secara mengejut beberapa hari lalu di kediaman keluarganya, kini penyanyi, Azian Mazwan Sapuwan juga kehilangan anak yang tersayang. 

Anak pelantun lagu Rumah Kecil Tiang Seribu yang popular di zaman 80an itu, iaitu Mohammad Aqil Zulkarnain, 19, meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mohammad Aqil yang kemalangan motosikal pada 22 November lalu, mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan bagi memulihkan hati dan limpanya. 

“Assalamualaikum semua..Innalillahiwainna ilaihiroji’un..Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. 

“Semoga roh Allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yang beriman.  Ya Allah..kuatkan aku,” tulis Azian di dalam kapsyen kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini. 

Mohammad Aqil yang juga anak keempat daripada tujuh beradik, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas tiga minggu koma akibat kemalangan jalan raya tersebut. 

Kredit Foto: Instagram @azianmazwann

Del14