Pelakon Zara Zya mengaku lebih selesa untuk tidak berkongsi berita sudah dirisik oleh ahli keluarga kekasihnya, Hafreez Adam.

Kata Zara ketika ditemubual Melodi semalam memberitahu merahsiakan hal ini atas permintaan keluarga,

“Baru merisik. Orang kata kalau bertunang pun elok dirahsiakan. Bukan apa, benda baru nak lock. Kalau hebah dan tak jadi (minta dijauhkan), tidak sedap pula.

“Memang benar ahli keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu,” katanya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memaklumkan dia dan Hafreez akan bertunang sebelum melangsungkan majlis pernikahan.

“Insya Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” katanya.

Pasangan ini bercinta sejak 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

SGMS Faida