Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 13, 2024 @ 4:18pm

Dakwaan Potong Gaji Pekerja Fitnah Besar, Chef Wan Terkejut! Tampil Perjelas Situasi Sebenar – “Saya Tak Terlibat Dengan…”

Chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan tampil bersuara berhubung dakwaan telah menipu atau memotong gaji pekerja-pekerja gred A di Restoran De.Wan.

Isu yang mula meletus di media sosial X sejak semalam (Jumaat) dianggap sebagai satu tuduhan berat sehingga telah mencalarkan namaya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan atau nama lengkapnya Redzuawan Ismail menjelaskan dia tidak terlibat dengan pengurusan atau operasi restoran tersebut, termasuklah dari segi pengambilan pekerja dan gaji.

Akui terkejut dengan tuduhan tersebut, Chef Wan berkata sejak awal pembabitannya dalam restoran ini dia sering bersikap jujur dan ikhlas terutamanya dalam memastikan kualiti dan resepi makanan.

“Saya sangat terkejut apabila melihat isu viral di TikTok menuduh saya kononnya ‘CW menipu gaji pekerjanya’. Saya tak terlibat dalam pengurusan dan operasi restoran, perkara itu diuruskan oleh rakan kongsi perniagaan, Andre dan pekerja pengurusan kami.

“Tanggungjawab saya di restoran ini adalah untuk menguruskan resepi dan menjaga kualiti makanan sahaja. Malah, sejak awal kolaborasi saya dah terangkan secara jujur dan ikhlas mengenai isu ini.

“Saya tidak memberi sebarang keputusan berhubung gaji pekerja, mahupun tentang pengambilan dan memberhentikan pekerja,” tulisnya.

Chef Wan

Susulan itu, Chef Wan turut mendapatkan penjelasan daripada rakan kongsi perniagaan dan pengurus besar restoran yang mengatakan dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.

“Semalam saya ada tanya isu ini kepada pengurus besar dan rakan kongsi mengenai isu ini setelah nama saya yang tak berdosa ini terpalit. Saya diberitahu segala dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Sebaliknya, rakan kongsinya memberitahu bahawa sekiranya ada pekerja yang diberhentikan perkara tersebut adalah berdasarkan prestasi kerja mereka, atau kekurangan kemahiran tak mencapai standard, tidak disiplin, atau didapati menipu syarikat, overtime (OT) dan sebagainya. Perkara tersebut juga dilakukan menerusi satu penyelidikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata ada segelintir pekerja tidak berpuas hati dengan perkara tersebut sehingga memilih untuk berhenti.

“Tak kan sampai tak boleh ditegur? Kita sebagai majikan nak tunduk kepada perbuatan fitnah mereka macam ni? Saya cuba untuk memahami kedua-dua belah pihak dan akan selidik isu ini supaya nama saya tak tercalar!,” akhirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Sebelum ini, nama Chef Wan terpalit dalam satu kenyataan individu mendakwa cef selebriti ini bertindak memotong gaji pekerja berkemahiran tinggi serta tidak memberikan OT.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Pernikahan Kali ke-2 Saerah Belum Sedia Kongsi Tarikh

“Tarikh itu biarlah rahsia,” demikian kata penyanyi Siti Saerah, 34, yang memilih untuk merahsiakn dahulu tarikh pernikahan kali kedua dengan jejaka pilihan hati yang juga kenalan lamanya, Mohd Sharidan Johari, 31.  Saerah yang belum bersedia […]

error: Content is protected !!