Dakwaan Tak Endah Anak, Suami Lufya Jawab Tuduhan Netizen!

Krisis rumah tangga antara pelakon dan penyanyi, Lufya Omar dan suaminya, Dr Che Hafiz terus hangat dibualkan di media sosial.

Gara-gara video yang memaparkan tindakan suami kepada pelakon jelita itu yang dilihat tidak menghiraukan anaknya ketika di Mahkamah, nama Dr Che Hafiz terus menjadi kecaman warganet.

Tidak mahu berdiam diri, dia tampil membuat penjelasan sebenar. 

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Memandangkan ramai sangat warganet yang Salah faham dan Salah memberi tafsiran berkenaan dengan isu video yang sedang menular tentang Saya tidak hiraukan anak apabila anak saya memanggil berkali2.

“Sebenarnya Saya memang prihatin dan faham memang perkara sebegini akan menjadi perhatian ramai orang apatah lagi ia membabitkan sentimen anak kandung sendiri.

“Isu ini juga menjadi sangat sensitif dan ia boleh membangkitkan kemarahan ramai pihak terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga dan mempunyai anak.

“Jadi apa yang saya ingin jelaskan disini adalah berkenaan dengan dakwaan seperti tidak sayangkan anak dan lain-lain adalah tidak benar malah saya dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa,” jelasnya.

Sebagai bukti, Dr Che Hafiz turut memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak di dalam mahkamah. 

“Kalau perhatikan di dalam gambar tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak saya sampai la anak saya pergi kepada ibunya. Selepas itu baru la saya keluar dari mahkamah. Sejurus keluar sahaja dari mahkamah ramai jurukamera dan wartawan menyapa (itu saya memang faham dengan tugasan mereka).

Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan tanya.(maklumlah saya rasa nervous sebab ini adalah kali pertama seumur hidup Saya berada dalam situasi di mahkamah ),” tegasnya.

Sementara itu, dia turut memohon maaf kepada anaknya, Laana Haura atas insiden berkenaan. 

“Akhir sekali saya ingin beritahu bahawa sy amat tertarik dengan satu kata-kata ini iaitu Jika benar seseorang itu adalah orang yang beriman kepada Allah swt maka tidak lah dia sanggup untuk memutuskan silaturrahim (hubungan Kekeluargaan) apatah lagi jika ia melibatkan hubungan antara bapa dengan anak

Jika benar caption ini adalah message maka likes itu adalah messenger. Sekian itu saja drpd Saya,” akhirinya 

SGMS Faida