Categories: TECHTech News

Google Memperkenalkan Pelan Pra-Bayar YouTube Premium & YouTube Music Di India

YouTube Premium dan YouTube Music adalah pelan penstriman premium YouTube yang sudah lama wujud, tapi hanya tiba di Malaysia sekitar dua minggu lepas. YouTube Premium sama sahaja dengan YouTube biasa, cuma ia tiada iklan dan hadir dengan kandungan asli YouTube Originals. YouTube Music pula juga sama, cuma ia terhad kepada muzik dan video muzik sahaja.

 

Terkini di India, Google menawarkan pelan pra-bayar untuk kedua-dua perkhidmatan ini. Ini bermakna, pengguna tidak akan terikat dengan bayaran bulanan yang menolak duit dari kad kredit/debit atau kredit Google Play secara automatik. Pengguna boleh terus beli pelan sebulan atau terus tiga bulan tanpa sebarang komitmen bulanan. Jika sebulan atau tiga bulan sudah berlalu, pengguna hanya perlu bayar sekali lagi sahaja mengikut pelan yang digemari.

Buat masa ini, pelan ini terhad di negara India sahaja. Akan tetapi, jika kita lihat eksperimen Netflix yang memperkenalkan pelan peranti mudah alih sahaja di India – ia kemudiannya terus hadir ke Malaysia juga. Jadi, tidak dinafikan yang pelan pra-bayar YouTube Premium dan YouTube Music turut akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja.

Sumber: Amanz & GOOGLE

SGMS Enal