Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

“Saya terkejut melihat kehadiran penonton yang datang menyaksikan showcase kali ini bersama Raihan,” kata penyanyi terkenal Alif Satar ketika ditemui di showcase siri jelajah di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah Kuala Lumpur dan Melaka.

Showcase pertama yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur menyaksikan lebih 300 penonton hadir menyaksikan persembahan Alif menyanyikan rangkaian lagu popularnya termasuk single baharu berjudul I Want You To Love Me.

Alif nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, projek kali ini dianggap lebih istimewa kerana persembahan kali ini diadakan di Hard Rock Cafe dan mendapat tajaan Petron.

“Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan.

“Melihat penerimaan peminat di showcase di KL, saya sudah tidak sabar untuk ke lokasi seterusnya.

“Dalam masa sama, kumpulan Raihan turut menyertai showcase kali ini. Sudah tentu saya lebih bersemangat apabila idola turun padang untuk menyokong,” katanya penuh semangat.

Sementara itu, persembahan siri jelajah Alif Satar juga dijayakan bersama kumpulan saya iaitu The Locos.

“Insya-Allah, showcase akan berjalan sehingga Oktober depan. Alhamdulillah, projek ini mendapat tajaan daripada pihak Petron menerusi kempen Fuel & Fly,” akhirinya.

Showcase yang bermula jam 3 petang itu juga menyaksikan Alif menyanyikan lagu hitsnya seperti Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Sesungguhnya Aku, Iman Mutiara, Thank You Allah (duet bersama Raihan) dan I Want You To Love Me. 

Lebih istimewa, Alif juga menerima kejutan daripada peminat yang membawa sebiji kek seterusnya menyanyikan lagu hari jadi sempena ulang tahunnya ke 29. 

Selain itu, Alif berkongsi dia juga bakal menjayakan konsert amal bersama Raihan di Kuala Lumpur pada November ini.

Sumber video: Youtube Nazrudin Rahman

SGMS Faida