Dari Dentist Kini Bergelar Penyanyi, Dr Ben Gee Pertaruh Single ‘IN YOUR FACE’… Selit Mesej Untuk Pembuli!

Doktor gigi viral TikTok kini melebarkan portfolionya sebagai penyanyi dan tampil dengan single sulung dalam bahasa Inggeris yang berjudul ‘IN YOUR FACE’ hasil ciptaan Dari, Shaz dan dirinya sendiri dengan olahan dari komposer terkemuka, Omar K dan juga John Jeeves.

Single ‘IN YOUR FACE’ ini diterbitkan oleh peneraju hiburan tanah air berpengaruh, Rocketfuel Entertainment.

Jelas Dr. ben, dia mengakui gemar berada di atas pentas sejak berumur 8 tahun lagi dan dia dimasukkan ke koir opera ibu bapanya dan membuat persembahan di seluruh Malaysia.

“Ketika di kolej saya pernah menyertai kelas teater dan beraksi dalam beberapa pementasan muzikal, dan sewaktu di universiti saya mula terdedah dengan dunia sosial media dan bermulalah segala-galanya sehingga saya dilamar oleh pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment,” kongsinya.

Mengenai idea sebalik lagu, Dr Ben memaklumkan idea datang dari dirinya sendiri mengenai pengalaman diri.

Tujuan penghasilan single sulung ini adalah untuk memperkasakan tentang ‘self love’ atau ‘self acceptance’.

“Saya mahu ‘empower’ generasi muda melalui lagu saya dengan menegaskan yang pentingnya untuk menerima diri sendiri atau ‘self-acceptance’ dan sayangi diri ataupun ‘self-love’, jangan peduli kalau ada ramai ‘haters’ kerana kita perlu berani untuk menjadi diri kita yang sebenar,” luah Dr. Ben.

Walaubagaimanapun, single bergenre pop rancak moden dalam nuansa elektro (EDM) ini dihasilkan bagi menyesuaikan dengan jiwanya yang juga boleh dinikmati oleh semua lapisan umur, jantina mahupun kerjaya.

Untuk info, ‘IN YOUR FACE’ kini boleh distrim di semua platform atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga saluran Youtube.

Bukan itu sahaja, ‘IN YOUR FACE’ juga boleh dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Bagi MV ‘IN YOUR FACE’, boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Atiqah Johari