Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 1, 2022 @ 11:25pm

Dari Imej Seksi Kini Berhijab, Timbul Dakwaan Pelakon Berstatus Janda Berhijrah Sebab Permintaan Kekasih Baharu?

Timbul satu kontroversi yang melibatkan seorang pelakon wanita yang dahulunya dikenali dengan imej tidak bertudung dan seksi.

Namun, baru-baru ini, pelakon yang berstatus janda itu dilihat telah mengenakan tudung dan berpenampilan sopan dan menutup aurat.

Memetik laporan BOOM!, sumber mendakwa bahawa pelakon tersebut tampil dengan imej sebegitu adalah disebabkan permintaan kekasih baharunya.

“Ngam-ngam selepas gambar mereka berdua tular, masa itulah ramai sedar banyak entri di media sosialnya semakin berkurangan, sama ada dipadam atau disimpan.

“Dan percayalah, penampilannya yang sopan menutup aurat itupun adalah atas permintaan kekasih baharunya.

“Jadi penghijrahan ditunjukkannya itu bukanlah datang dari hati seperti yang dia cakap sebelum ini,” kata sumber kepada BOOM!.

Terdahulu, pelakon wanita itu memaklumkan bahawa dia telah berpisah dengan bekas suaminya namun tidak mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

Kemudian, setelah tamat tempoh idah, pelakon itu dilihat kembali membuat kemunculan dalam sebuah drama bersiri.

Tambah, nama pelakon tersebut menjadi bualan hangat apabila timbul spekulasi yang mendakwa dia dan kekasih baharunya yang juga merupakan seorang pelakon menjalin hubungan cinta dalam diam.

Sumber: BOOM!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Wajah Uqasha Senrose Nampak Letih, Badan Kurus Buat Netizen Risau

Wajah seakan ‘lesu’ dan bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video TkTok raih tumpuan

Featured Mon, 8 May 2023

Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Terlampau stress pun boleh effect kandungan juga. Semoga kuat Shu!

Featured Sun, 24 May 2020
error: Content is protected !!