Pelakon Jadi Pengacara, Alvin Chong Berdebar!

Program I Can See Your Voice bakal mengetengahkan bakat pelakon Alvin Chong sebagai pengacara. Wah, tak sabar rasanya nak tengok Alvin jadi hos!

Selebriti berusia 27 tahun ini terpilih mengacarakan program berkenaan selepas berjaya melepasi sesi uji bakat.

“ Pada mulanya, saya agak risau datang ke uji bakat memandangkan saya kurang fasih berbahasa Melayu dan tiada pengalaman.

“ Bukan jual mahal untuk tak nak pergi, tetapi saya tidak mahu malukan diri. Saya juga takut tidak boleh beraksi spontan mengikut situasi seperti pengacara lain.

“Namun, Universal Music memberi semangat dan meminta saya cuba dahulu. Lucunya, sepanjang sesi uji bakat itu, tangan saya tidak lepas memegang skrip. Apabila dimaklumkan berjaya, perasaan teruja dan takut bersilih ganti,” katanya kepada BH Online.

Tambah Alvin, sebegai persediaan dia kerap menonton versi asal program dari Korea Selatan itu untuk melihat bagaimana cara penyampaian hosnya.

“Sebelum ini, memang ada tawaran membabitkan undangan mengendalikan majlis korporat. Namun, saya tidak menerimanya. Saya perlukan sedikit masa, terutama untuk mengendalikan program acara langsung, bimbang tersalah cakap.

“Berbeza I Can See Your Voice kerana ia program rakaman. Dari situ, saya dapat belajar dengan mereka yang lebih senior selain teman gandingan saya, Syuk Sahar,” katanya.

Program terbitan ntv7 ini disiarkan bermula Ogos bakal menampilkan enam bakat misteri yang perlu diteka sama ada mereka adalah penyanyi lagu sebenar atau sekadar menyamar.

SGMS Faida