Categories: Trending

Pergi Tak Kembali, Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Meninggal Dunia

Al-Fatihah… Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah, Rahmah Dollah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Melaka, sebentar tadi. 

Wanita berusia 73 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.57 tengah malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada 16 Jun lepas. 

Anak ketiganya, Junaidah Jalil, 43, berkata, ibunya yang menghidap sakit jantung sejak enam tahun lalu mengadu sakit dada pada hari raya kedua sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka. 

“Emak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Koronari selama lima hari sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya stabil. 

“Bagaimanapun dia tiba-tiba diserang sakit jantung semalam sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Limbongan Permai di sini hari ini. 

Menurut Junaidah, ibunya sudah lama tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan kuih keria ekoran masalah kesihatan, namun masih memantaunya. 

Perniagaan Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah yang diperkenalkan sejak 1979 itu kini diuruskan oleh Junaidah. 

Keluarga itu turut memiliki satu lagi perniagaan, Kuih Keria Haji Jalil yang diuruskan oleh adik-beradik Junaidah yang lain. Jalil merupakan suami Rahmah. 

SGMS Faida