Bantal Lebih Keras, Lebih Bagus?

Jika masyarakat di Malaysia lebih tertarik tidur di atas bantal yang empuk dan selesa, lain pula bagi masyarakat cina yang hidup di zaman Dinasti. Lebih keras, lebih baik!

Merujuk kepada artikel Wanista.com, masyarakat di zaman itu dahulu lebih gemar menggunakan bantal yang diperbuat daripada bahan keras seperti rotan, buluh atau kaca porselin. Pelik tapi kenapa agaknya ya?

Persediaan Menghadapi Peperangan

Kukuhkan tulang leher! Difahamkan masyarakat dahulu percaya, amalan tidur beralas bantal keras akan membantu menguatkan tulang. Manakala amalan tidur di atas lantai juga dimanfaatkan kerana orang lelaki Cina pada zaman itu ramai yang terlibat dalam peperangan. Tidur atas lantai keras dianggap bisa membina kekuatan tubuh dan tulang sebagai persediaan menghadapi peperangan.

Hanya Raja Dibenarkan Tidur Atas Bantal & Tilam Lembut

Ada juga pendapat yang mengatakan hanya golongan diraja dibenarkan tidur atas lapisan tilam dan bantal yang lembut manakala, rakyat jelata dan golongan pembantu istana hanya boleh tidur di lantai sambil beralaskan bantal keras.

Menjaga Postur Tubuh

Menurut kajian saintifik, tidur di atas permukaan keras seperti lantai sebenarnya menyumbang kesihatan buat tulang belakang. Dengan cara ini postur tubuh akan kekal lurus dan adalah lebih baik daripada tidur di atas tilam lembut kerana tilam akan melendut sebaik ditimpa berat tubuh. 

Pendek kata, biar tak selesa asalkan postur badan betul dan badan sihat. So korang nak try malam ni? Belum cuba, belum tahu!

Sumber: Wanista.com

SGMS Faida